Sabtu, 23 April 2011

iNfo Berguna tenTang Pisang??


Pisang..oh pisang...sungguh sedap pabila dimakan.. TETAPI

ia tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini
kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula
setiap 126 gram pisang (19.85%)


Membekalkan tenaga
Menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm
protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mg karotin, 88 mg kalium, 27.2 gm
karbohidrat, 0.4 gm fiber, dan 116 kcal tenaga.

Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan
tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Wah!
Hebatnya pisang yang Allah rezekikan kepada manusia. Tidak hairanlah pisang
amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup
semasa mereka beraksi dalam apa-apa pertandingan sukan.

Selain itu dalam perubatan traditional, jantung pisang dianggap elok untuk
pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru, dan limpa.

Penawar penyakit

Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:
1. Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah
tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

2. Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang
membantu merendah kolestrol.

3. Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang
amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

4. Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya
dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam
darah.

5. Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan
pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

6. Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah
dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur
madu.

emmm..daripada fakta ini, pisang kita sangat memerlukan pisang dalam kehidupan aktif kita. Sekian

Tiada ulasan: